Penganalisis Politik Beri Pelbagai Reaksi Prospek PRU Ke-14

Hata Wahari & Hareez Lee
2018.04.06
Kuala Lumpur, Malaysia
180406-MY-Analisis1000.jpg Pemimpin pembangkang semasa perhimpunan di Petaling Jaya, dekat Kuala Lumpur, 14 Oktober 2017.
AFP

Penganalisis politik Malaysia memberi pelbagai reaksi dan pandangan mengenai prospek Pilihan Raya Umum Ke-14, bagi kedua-dua parti pemerintah dan juga pembangkang selepas Perdana Menteri Najib Razak pada Jumaat membuat pengumuman mengenai pembubaran Parlimen yang berkuatkuasa pada Sabtu.

Mengikut kaji selidik pengundi yang dikendalikan oleh sebuah pemikir Institut Darul Ehsan, baru-baru ini, kedua-dua pihak mendapat undian secara secara adil, tetapi sokongan lebih berpihak kepada Pakatan Harapan dan parti-parti yang berada dibawahnya dengan meningkat kepada 41 peratus berbanding 42 peratus "statik" yang mewakili Barisan Nasional.

Enam puluh satu peratus individu telah melalui proses kaji selidik oleh institut berkenaan yang  berkata mereka menyokong Mahathir, berbanding 39 peratus yang mengatakan mereka menyokong Najib.

“Pengundi muda yang berada diatas ‘pagar’ telah membuat pendirian berdiri teguh memilih PH dan memberi sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP), " kata Redzuan Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Institut itu kepada BenarNews pada Jumaat.

"Secara keseluruhan, orang ramai masih melihat era Mahathir, dan era Anwar Ibrahim sebagai zaman kegemilangan negara kita," katanya, sambil menyatakan bahawa 72 peratus responden kaji selidik dari etnik Cina mengatakan mereka menyokong Mahathir, berbanding 61 peratus dan 57 peratus sokongan kepadanya, masing-masing, dari responden etnik India dan Melayu.

Meskipun terdapat kritikan terhadap tempoh 22 tahun Mahathir memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, ia telah dilunturkan oleh populariti beliau. Mahathir, 92, adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Beliau memegang jawatan itu dari 1981 hingga 2003.

Hasil kaji selidik itu turut menunjukkan bahawa sokongan kepada pemimpin parti pemerintah BN Najib Razak ialah 39 peratus dengan majoriti sokongan daripada penyokong BN manakala 19 peratus pengundi atas pagar manakala 15 peratus datangnya dari penyokong PAS.

Data yang diperoleh turut mendedahkan bahawa 97 peratus penyokong parti pembangkang di bawah PH menyokong Mahathir.

Data itu, kata Redzuan diperoleh daripada kajian lima hari yang dijalankan dari 23 Mac hingga 26 Mac membabitkan 4,750 responden daripada 12 juta pengundi di Semenanjung.

BN kekal berkuasa

Perselisihan beliau dengan Najib telah membawa kepada penubuhan Parti Bersatu dengan Mahathir merancang untuk menewaskan Najib dan BN pada pilihan raya umum ini dibantu oleh tiga lagi parti politik yang berada dalam blok pembangkang itu.

Penganalisis Wong Chin Huat dari Institut Pulau Pinang berpendapat Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa di parlimen jika jumlah mengundi yang keluar mengundi rendah pada hari membuang mengundi nanti.

"Sekiranya terdapat peningkatan jumlah pengundi, ia menunjukkan bahawa rakyat marah dengan kerajaan dan ianya tidak akan memberi manfaat kepada BN, kerana pengundi memprotes terhadap persempadanan semula kawasan parlimen," katanya kepada BeriBenar.

Sementara itu Ibrahim Suffian, pengarah program di sebuah badan pemikir Pusat Merdeka, meramalkan bahawa gabungan Najib akan menghadapi cabaran sukar untuk memenangi undi popular pada pilihan raya umum tahun ini.

‘Tetapi Barisan Nasional akan terus berkuasa menerusi lakaran baru persempadanan semula peta pilihan raya yang diluluskan oleh parlimen minggu lalu,’ katanya.

Pengkritik turut berkata, persempadanan semula peta pilihan raya akan memberikan Barisan Nasional kelebihan yang tidak adil dengan menyaksikan undi yang akan diterima akan memihak kepada parti pemerintah melalui penempatan lebih ramai pengundi ke daerah yang kini dipegang oleh pembangkang.

"Bukan sahaja BN akan diberikan mandat baru tetapi ada kebarangkalian bahawa ia akan mendapat majoriti dua pertiga berdasarkan pelakaran semula peta pilihan raya yang diluluskan," kata Ibrahim.

"BN akan memenangi lebih banyak kerusi parlimen dan PH akan mendapat majoriti undi popular namum tidak dapat membentuk kerajaan," katanya kepada BeritaBenar.

Dalam pengumuman pembubaran Parlimen pada Jumaat, Najib berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa beliau dan BN akan terus melaksanakan tanggungjawab mereka jika diberi mandat baharu pada pilihan raya akan datang.

“Kita akan membangunkan negara ini dari Perlis ke Sarawak dan Sabah… jadi tidak ada sesiapa lagi yang terpinggir.”

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.