Hubungan Indonesia, Malaysia Dengan Ekstremis Filipina Ancam Rantau Berkenaan: Laporan
2016.10.25
Washington DC
Penguatkuasa undang-undang Asia Tenggara tidak bersedia untuk menghadapi risiko penyatuan pejuang dari Malaysia dan Indonesia yang mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada pemimpin dari Filipina yang dipilih kumpulan Negara Islam (IS), menurut satu laporan baru yang dikeluarkan pada Selasa.
Sebuah institut pemikir yang berpusat di Jakarta - Institut Dasar Analisis Konflik (IPAC) berkata, walaupun IS telah dapat mengukuhkan kerjasama antara kumpulan-kumpulan ekstremis di Asia Tenggara, kebanyakan agensi penguatkuasaan undang-undang masih mengekalkan orientasi nasional yang kurang kepakaran dalam menangkis ancaman dari luar sempadan mereka.
Ketika penilaian yang tepat mengenai ancaman keselamatan di Indonesia atau Malaysia bergantung kepada pemahaman tentang perkembangan di Filipina, kelemahan tersebut perlu diperkuatkan. Ini amat penting kerana dalam jangka masa pendek, penumbangan ISIS di Timur Tengah boleh meningkatkan insentif untuk melancarkan keganasan di laman sendiri, "kata IPAC dalam laporan 28 muka surat yang bertajuk "Kumpulan Pro-ISIS di Mindanao (Filipina) dan kaitan mereka dengan Indonesia dan Malaysia."
Singkatan lain bagi IS
Dalam menunjukkan penyatuan yang semakin meningkat, IPAC merujuk kepada sebuah video yang dikeluarkan di laman sosial YouTube pada Jun lepas, yang membuktikan bahawa Rafi Udin dari Malaysia dan Abu Walid dari Indonesia telah mengisytiharkan kesetiaan mereka kepada Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang dipimpin Isnilon Hapilon yang telah disahkan oleh ISIS - nama lain bagi IS - sebagai amir kumpulan tersebut di Asia Tenggara
Pada Jun lepas, Pengarah IPAC Sidney Jones berkata video itu muncul sebagai satu langkah awal untuk mengisytiharkan Asia Tenggara sebagai wilayah IS. Pengisytiharan tersebut tidak pula dibuat pada Selasa.
IPAC turut menyatakan bahawa tidak jelas mengapa Isnilon dipilih sebagai amir kerana dia "tidak bercakap dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, manakala pengetahuan agamanya pula cetek."
Ada yang mendakwa bahawa Isnilon mungkin dipilih kerana hubungan beliau dengan pejuang jihad asing, komunikasi beliau dengan anggota IS Asia Tenggara di Syria, termasuk persepsi bahawa beliau mampu mengawal rantau.
Sementara itu, laporan itu menegaskan akibatnya sekiranya penguatkuasaan undang-undang tidak meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kumpulan-kumpulan militan.
Ini bermakna akan berlakunya lebih banyak serangan maut di Filipina yang melibatkan pakatan kumpulan pro-ISIS, dan hanya menunggu masa sahaja bila ia akan tercetus. Ia juga boleh meningkatkan kemungkinan operasi kumpulan ektremis rentas sempadan akan meletus, dakwa laporan itu.
‘Tidak Terkawal’
ASG merupakan elemen yang tidak terkawal oleh sebab Basilan di selatan Filipina, tempat persinggahan kumpulan militan, mempunyai hubungan rapat dengan bandar Sandakan dan Sabah di Malaysia. Kaitan dengan sihu-sihu di Malaysia merupakan sumber kewangan dan keahlian mereka, dakwa laporan tersebut lagi.
"Lebih menarik, dan lebih merbahaya adalah mereka yang berpendidikan dan mempunyai ideologi, merupakan rakyat Malaysia dari Semenanjung Malaysia yang dikaitkan dengan ASG Basilan."
Laporan itu menamakan tiga lelaki, Mahmud Ahmad, bekas pensyarah pengajian Islam di Universiti Malaya; Muhammad Joraimee Awang Raimee (alias Abu Nur); dan Mohd. Najib bin Husein (alias Abu Anas al-Muhajir), yang terbunuh pada Disember 2015. Ketiga mereka berlepas ke Mindanao, selatan Filipina bersama-sama pada April 2014.
“Rakyat Malaysia, seperti warga asing lain, mempunyai kelebihan kerana tidak terikat dengan ikatan keluarga seperti di Filipina. Oleh itu, mereka boleh bergerak dengan mudah. Mereka boleh menyediakan kepakaran, hubungan antarabangsa dan mungkin pembiayaan, " kata laporan itu.
Pakar pembuat bom dari Indonesia, Ibrahim Ali Sucipto, yang telah dibebaskan dari penjara, kurang daripada setahun sebelum ini, telah terbunuh dalam pertempuran ASG dengan tentera Filipina pada 26 November 2015.
IPAC menggambarkan Sucipto sebagai orang tengah bagi saluran pembiayaan dari Indonesia, sumber senjata bagi Mujahideen Timur Indonesia (MIT) apabila ia diketuai oleh Santoso, dan kaitannya dengan Katibah Nusantara, unit berbahasa Melayu IS yang bertempur di Syria.
Sucipto belajar di beberapa Jemaah Islamiyah (JI) – gabungan sekolah termasuk yang diselenggarakan oleh Abu Bakar Bashir, yang kini merengkuk di dalam penjara kerana membiayai kem latihan militan dan sebelum ini dijatuhi hukuman kerana peranannya menghasut kejadian pengeboman Bali 2002.
Pada 2002, Sucipto dan beberapa rakan dari Indonesia serta bekas rakan sekelas, Ahmad Faisal bin Imam Sarijan (alias Zulkifli), terlibat dalam pengeboman kedai Fitmart di Tacurong pada Mac, kemudian di bandar General Santos pada April yang mengorbankan 15 orang. Pengeboman itu membuktikan langkah JI untuk bergabung dengan ASG sebagai rakan kongsinya, dakwa IPAC.