Yang di-Pertuan Agong Perkenan Lantikan 13 Anggota Kabinet Kerajaan Baru

Staf BeritaBenar
2018.05.18
Kuala Lumpur, Malaysia
180518-MY-cabinet-620.jpg Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad (kanan), bersama Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri yang dinamakan ketika menjawab soalan semasa sidang media di Petaling Jaya, Selangor, 17 Mei 2018.
[AP]

Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad mengumumkan nama 13 anggota kabinetnya pada Jumaat, sembilan hari selepas mengetuai satu pakatan pembangkang untuk kemenangan pilihan raya pertama mereka sejak merdeka enam dekad yang lalu, tetapi beliau meninggalkan portfolio menteri luar negeri yang penting itu.

Anggota kabinet yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, mewakili empat parti gabungan Pakatan Harapan (PH). Ia dibagi sama rata di antara empat parti tersebut dan mencerminkan negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, dengan Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai pemimpin wanita tertinggi dalam sejarah Malaysia apabila beliau mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri.

Presiden Parti Keadilan Rakyat itu juga  memegang portfolio kedua iaitu sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Mahathir mengumumkan bahawa kabinetnya terdiri daripada tiga menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), empat daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang didominasi kaum Cina dan tiga dari Parti Amanah Negara (Amanah).

Dari Bersatu, Mahathir menamakan Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dan Rina Harun sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Mahathir juga melepaskan janji awalnya untuk berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan kerana ikrar PH sebelum pilihan raya dalam usaha untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN), yang memerintah Malaysia selama 61 tahun.

"Itu adalah manifesto kita dan saya tidak dapat melanggarnya," kata Mahathir dalam satu rakaman visual yang muat naik di laman media sosial Facebook Parti Bersatu pada Jumaat. "Saya gagal menyedari bahawa perdana menteri tidak boleh memegang sebarang portfolio lain. Saya fikir sekatan itu hanya digunakan kepada perdana menteri yang memegang portfolio kewangan."

Najib Razak, yang mengetuai BN dalam mendapatkan kepercayaan untuk mentadbir bagi penggal ketiga sebagai perdana menteri, juga pernah berkhidmat sebagai menteri kewangan.

Sejak pilihan raya umum berlalu, Najib telah diperintahkan untuk tidak meninggalkan negara dan kediaman yang dikaitkan dengannya telah digeledah oleh pegawai polis, yang dilaporkan telah menemui sejumlah wang tunai yang banyak dan barang kemas bersama beratus-ratus beg tangan berjenama mahal.

Menyertai Azizah daripada PKR ialah Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Economi dan Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Suami dan pemimpin pengasas PKR, Anwar Ibrahim, telah diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agung pada Rabu dan dibebaskan dari segala hukuman penjara atas sabitan meliwat.
Blok gabungan pembangkang telah berkempen mahu Anwar menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri, satu langkah yang hanya boleh berlaku dalam satu atau dua tahun lagi, menurut Mahathir.

Perdana Menteri baru itu juga menamakan Lim Guan Eng dari DAP sebagai Menteri Kewangan, bersama dengan Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan, Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dan M. Kulasegaran sebagai Menteri Sumber Manusia.

Guan Eng dijadual berada di mahkamah pada Isnin, di mana beliau telah mengaku tidak bersalah atas dua dakwaan rasuah, lapor Straits Times of Singapore. Walaupun isu mahkamah berterusan, Anwar memberi sokongan kepada Guan Eng semasa perhimpunan awam sebaik saja dibebaskan dari penjara pada Rabu lalu.

Anggota kabinet dari Parti Amanah pula terdiri datipada Mohamad Sabu, sebagai Menteri Pertahanan, Salahuddin Ayub, sebagai Menteri Industri Pertanian dan Asas Tani dan Dzulkefly Ahmad, sebagai Menteri Kesihatan.

Mohamad Sabu, seperti yang lain turut mempunyai kaitan dengan pentadbiran baru kerana pernah dipenjarakan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA] yang kini telah dimansuhkan, demikian menurut media Malaysia.

Mohamad Sabu meneruskan kerjaya politiknya walaupun bertugas sebagai tukang masak semasa penahanan keduanya 30 tahun lalu.

Majlis angkat sumpah kabinet baru dijadualkan berlangsung pada Isnin di Istana Negara.


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.