Filipina: Pemimpin Militan Beri Amaran IS Berusaha Rekrut Ahli

Staf BeritaBenar
2016.03.07
Kuala Lumpur
160307-my-milf-peace-620 Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro Murad Ebrahim, yang menyampaikan ucapan di Tokyo pada Jun 2015, memberi amaran bahawa Negara Islam berusaha bertapak di Filipina kerana umat Islam kecewa dengan usaha damai.
AFP

Pemimpin kumpulan militan Filipina menjuruskan tentang usaha Negara Islam (IS) bertapak di negaranya dengan alasan supaya kerajaan menubuhkan sebuah wilayah autonomi untuk minoriti Islam di selatan.

Bercakap di Kuala Lumpur pada Isnin, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Murad Ebrahim menggesa supaya penyelesaian politik dilakukan untuk membawa keamanan di wilayah Bangsamoro di selatan Filipina, menurut laporan.

Komen Murad dibuat selepas 10 hari beliau bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, yang kemudian menyatakan komitmen beliau kepada usaha damai di negara jiran.

Najib berkata, beliau menyokong usaha pemimpin Filipina dan MILF untuk melanjutkan gencatan senjata yang sudah lama tertunggak sehingga Mac 2017 dan terikat dengan perjanjian damai  2014, iaitu Perjanjian Komprehensif Mengenai Bangsamoro (CAB).

Lanjutan gencatan senjata itu dibuat susulan penangguhan Kongres Filipina baru-baru ini tanpa meluluskan Undang-undang Asas Bangsamoro, seperti yang dikehendaki oleh CAB untuk menubuhkan wilayah autonomi.

Murad mendakwa kumpulan ekstremis IS telah menggunakan kekecewaan yang semakin meningkat dalam kalangan kumpulan-kumpulan Islam di selatan negara itu ekoran tiada tindakan kongres untuk menubuhkan kumpulan itu di Filipina, menurut laporan media.

"Terdapat beberapa usaha untuk menembusinya, tetapi mereka juga tidak berjaya membangunkan kubu yang kuat," kata Murad, menurut The Sydney Morning Herald. "Tetapi kini, selepas (rang undang-undang) itu ditangguhkan, kami agak bimbang bahawa mereka boleh mengambil kesempatan daripada ini kerana terlalu besarnya (kekecewaan) rakyat di kawasan itu."

Beliau melahirkan harapan bahawa Presiden Filipina seterusnya yang bakal mengambil jawatan pada Jun ini, akan berusaha  mendapatkan proses damai. Presiden Benigno Aquino III, yang mengetuai usaha broker perjanjian damai 2014, tidak boleh bertanding semula.

Beribu orang terkorban dalam pertempuran berdekad lamanya

Usaha-usaha untuk membawa keamanan dan menubuhkan sebuah negeri autonomi untuk penduduk Islam, yang membentuk majoriti di Bangsamoro, dikaitkan dengan lebih daripada 40 tahun berjuang di rantau ini,  yang telah menyebabkan lebih daripada 120,000 orang mati.

Walaupun Najib dan Murad telah bertemu akhir bulan lalu, pasukan keselamatan Filipina bertempur lagi bagi memerangi pengikut  Ustadz Sanusi dari Indonesia yang juga  ahli Jemaah Islamiyah, yang terbunuh di Filipina pada 2012. Anggota MILF tidak mengambil bahagian dalam pertempuran itu, yang menyebabkan 20,000 orang hilang dan sekurang-kurangnya enam pejuang  kedua-dua pihak mati.

Murad berkata, pemimpin MILF mahukan usaha damai itu berhasil dan  cuba menghalang militan sekutu IS daripada melakukan serangan, lapor Agence France-Presse (AFP).

"Kami tidak boleh meninggalkan perjuangan bersenjata, tetapi kami sentiasa percaya bahawa  kami perlu memberikan ketuanan, keutamaan kepada proses damai kerana kami percaya bahawa penyelesaian kepada masalah ini masih politik," kata Murad, menurut AFP. "Selagi proses damai mempunyai peluang untuk bergerak maju ke hadapan, kami tidak mahu kembali kepada keganasan lagi."

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.