Imbasan 2024: Dari pergolakan politik hingga ulang tahun tragedi penuh kelam
Foto-foto hasil bidikan jurugambar BenarNews menunjukkan bagaimana proses demokrasi diuji hingga kemuncaknya di Bangladesh, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina.
Staf BenarNews 2024.12.30 Bangkok, Dhaka, Jakarta, Kuala Lumpur dan Manila
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Bangladesh ketika meraikan kejayaan mereka, 5 Ogos 2024, selepas ketua tentera mengumumkan bahawa Hasina telah melarikan diri dari negara itu, sehari selepas sekurang-kurangnya 98 nyawa terkorban dalam hari paling berdarah sepanjang pergolakan tersebut.
[Sudeepto Salam/BenarNews]
Dari rusuhan berdarah hingga kemenangan besar dalam pilihan raya diraih seorang bekas panglima tentera yang dituduh melakukan pelanggaran hak asasi manusia, jurugambar BenarNews merakamkan detik-detik penting dari garis hadapan peristiwa besar di Bangladesh dan Asia Tenggara sepanjang 2024.
BANGLADESH
Cengkaman pemerintahan Sheikh Hasina selama 15 tahun di Bangladesh berakhir dengan penuh kehinaan pada 5 Ogos apabila perdana menteri itu terpaksa meletakkan jawatan dan melarikan diri dari negara tersebut setelah rusuhan besar-besar tercetus hingga mengorbankan 1,400 nyawa.
Pengkritik menyebut demonstrasi mahasiswa yang bertukar rusuhan berdarah itu menjadi bukti kepada pemerintahan autoritarian Hasina sepanjang tempoh beliau berkuasa.
INDONESIA
Prabowo Subianto, bekas panglima tentera yang dianggap sebagai simbol era autoritarian di Indonesia menang dalam pilihan raya presiden pada Februari lalu bersama gandingannya, Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Joko Widodo, presiden ketika itu.
Pilihan raya itu ini dianggap oleh kumpulan pemerhati sebagai yang terburuk sejak peralihan demokrasi di republik itu sepanjang 25 tahun lalu.
FILIPINA
Di Filipina, hubungan politik yang intim antara Presiden Ferdinand Marcos Jr. dan Naib Presiden Sara Duterte berakhir apabila terdapat ancaman bunuh terhadap presiden sekiranya Sara menjadi sasaran plot yang sama.
Bagaimanapun, terdapat khabar baik pada Disember apabila Jakarta mengambil keputusan membebas dan memulangkan seorang wanita Filipina yang terlepas daripada hukuman mati setelah dijadikan keldai dadah pada 2010.
THAILAND
Thailand menghadapi gejolak politik yang berlanjutan setelah Mahkamah Perlembagaan pada Ogos lalu membubarkan Partai Move Forward, partai progresif yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum pada tahun lalu.
Negara itu juga dirundung malang apabila wilayah utaranya dilanda bencana banjir terburuk dalam tempoh beberapa dekad lalu hingga meragut lebih 50 nyawa dengan ribuan lagi hilang tempat tinggal.
MALAYSIA
Tahun ini Malaysia memperingati ulang tahun ke-10 dua tragedi udara iaitu misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang belum terungkai dan insiden pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine, wilayah dikuasai pemberontak disokong oleh Rusia.
Malaysia masih tidak berputus asa untuk meneruskan pencarian pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan kru pada 2014 sekiranya terdapat petunjuk baharu mengenai lokasi kapal terbang malang itu.