Kisah Batik Bomba


2015.11.13
slide1.jpg

Proses membuat motif batik Bomba. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide2.jpg

Seorang wanita menunjukkan motif bunga yang akan ditenun pada batik Bomba. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide3.jpg

Motif asas bagi batik Bomba sebelum ia ditenun. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide4.jpg

Penghasilan motif asas bagi batik Bomba. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide5.jpg

Benang digantung semasa membuat motif batik Bomba.(BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide6.jpg

Seorang wanita menunjukkan motif bunga yang digabungkan dalam kain sebelum ia diproses menjadi batik Bomba. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide7.jpg

Peringkat terakhir dalam penghasilan batik Bomba. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide8.jpg

Seorang wanita menenun batik Bomba.(BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide9.jpg

Merapikan motif pada fabrik semasa proses tenunan. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide10.jpg

Seorang wanita sedang menenun batik Bomba. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide11.jpg

Penjual menunjukkan produk batik Bomba yang sudah siap. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

slide12.jpg

Batik Bomba dijadikan pakaian siap yang mudah dipakai. (BeritaBenar/Keisyah Aprilia)

Hampir setiap wilayah di Indonesia mempunyai batik khas tersendiri, iaitu kain yang dicetak mengikut kaedah tekstil cetakan tangan Indonesia.

Palu, ibu negeri Sulawesi tengah, juga mempunyai batiknya sendiri yang dikenali sebagai batik Bomba.

Bomba bermakna keterbukaan dan kebersamaan, yang merupakan sebab mengapa penduduk Palu mudah menerima sesiapa sahaja yang datang melawat.

Tradisi menghasilkan batik dan tenunan Bomba telah menjadi sebahagian daripada Palu sejak dahulu lagi. Pada ketika itu, warga emas menghasilkan benang sutera yang kemudiannya ditenun ke dalam kain dan dijadikan batik menggunakan dakwat daripada sap pokok dengan alat chanting.

Bagaimanapun tidak ramai anak muda yang berminat menghasilkan batik Bomba.

Pada 2008, Majlis Kraf Daerah Sulawesi Tengah menjemput seorang pengajar dari Pekalongan, Jawa Tengah, untuk melatih beberapa belia yang tidak tamat sekolah dan menganggur.

Mereka diajar bagaimana menenun pakaian dan menghasilkan batik menggunakan peralatan tradisional.

Kemudian, tenaga pengajar Adi Pitoyo mengajar teknik batik moden yang telah digunakan oleh penduduk di Pekalongan. Sejak itu industri batik Bomba terus membangun.

Menerusi anak-anak muda yang berbakat itu, motif baru batik Bomba telah dicipta dan terhasillah penggiat kraf yang baru.

Bagaimanapun, dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan lebih tepat pada 2017, penghasil batik yang sebelum ini ramai telah berhentikan menghasilkan karya.

Sebabnya adalah sangat asas: bahan-bahan mentah mahal harganya dan sukar dicari.

Mereka berkata tempoh dua minggu diperlukan bagi mendapatkan bahan-bahan yang dikehendaki dan terpaksa dibayar dengan harga tinggi kerana ia hanya terdapat di Jawa.

Menurut Persatuan Batik Bomba Sulawesi Tengah, pada masa ini hanya berpuluh-puluh orang sahaja yang masih aktif menghasilkan batik. Beratus-ratus orang lagi gagal dalam perniagaan itu.

Bagaimanapun, nama batik Bomba telah terkenal dalam kalangan peminat batik dari luar Sulawesi Tengah, yang bersedia ke Palu untuk membelinya.

Pegawai-pegawai kerajaan di Palu juga dikehendaki memakai batik Bomba pada setiap Khamis.

Bagaimanapun, nasib batik hebat dari Palu ini mugkin berakhir suatu hari nanti kerana tidak ramai yang menghasilkannya lagi.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.