Dari Lapangan Terbang Dilupakan ke Bandar Malaysia?

Amir Hadi Azmi
2016.01.19
airport-001.jpg

Kompleks lapangan terbang Sungai Besi adalah tapak masa depan bagi Bandar Malaysia, 15 Januari 2016. [BeritaBenar]

airport-003.jpg

Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terletak di hujung landasan, dengan kelihatan latar langit Kuala Lumpur di belakangnya, 15 Jan 2016. [BeritaBenar]

airport-005.jpg

Sebuah plak bagi memperingati upacara penyerahan kawalan lapangan terbang itu kepada kerajaan Malaysia oleh Great Britain susulan berakhirnya Darurat Tanah Melayu pada 1960, 15 Januari 2016. [BeritaBenar]

airport-007.jpg

Pesawat Vintaj dipamerkan dalam hangar muzium, dengan Menara Berkembar Petronas - simbol masa kini Malaysia – kelihatan di belakangnya, 15 Jan 2016. [BeritaBenar]

airport-009.jpg

Pejabat hartanah 1MDB sejak dinamakan sebagai TRX City Sdn Bhd susulan penjualannya kepada Iskandar Waterfront Holdings dan rakan kongsinya China Railway Engineering Corp, milik negara itu. 15 Januari 2016 [BeritaBenar]

airport-011.jpg

Perkarangan Galeria Bandar Malaysia, yang sedia untuk mempamerkan projek Bandar Malaysia, lengang danpintu gerbangnya dikunci, 15 Jan 2016. [BeritaBenar]

Hanya 5 kilometer (3.1 batu) dari pusat bandar Kuala Lumpur, terletaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Sungai Besi yang sudah hampir dilupakan. Landasan, terminal dan menaranya tidak lagi beroperasi kecuali sekali-sekala untuk pendaratan polis, tentera dan orang kenamaan.

Pada 20 Februari 1956, lapangan terbang itu menyaksikan ketibaan Tunku Abdul Rahman dari London dengan membawa berita kemerdekaan. Kemudian pada tahun itu, ia  diisytiharkan sebagai lapangan terbang antarabangsa pertama negara.

Apabila Sungai Besi mula menjadi bahan berita lagi, ia tiada kena mengena dengan penerbangan. Sebaliknya, ia berkaitan berita tentang hartanah, dan di Kuala Lumpur, hartanah bermaksud perniagaan yang besar.

Pada 28 Mei, 2011, Perdana Menteri  Najib Razak mengumumkan bahawa lapangan terbang lama itu telah diberikan kepada dana pelaburan milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan berubah menjadi Bandar Malaysia, kawasan pembangunan bercampur generasi akan datang.

Bandar Malaysia juga bakal menjadi perhentian utara bagi projek impian keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura yang menelan belanja RM48.1 bilion (US$ 11 bilion).

Tetapi, tapak itu kini terbiar apabila 1MDB bergelut untuk membayar hutangnya dan telah dikaitkan dengan wang RM2.6 bilion (US$ 603 juta) yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Najib mengakui mengenai deposit itu tetapi berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan. Dana itu turut membawa kepada pelbagai siasatan.

Pada hari terakhir 2015, 1MDB mengumumkan ia telah menjual 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada Iskandar Waterfront Holdings dan rakan kongsinya,  China Railway Engineering Corp kendalian negara itu, pada harga RM7.41 bilion (US$ 1.7 bilion).

Mengulas mengenai perjanjian itu, yang sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan hutang IMDB, Najib berkata bahawa "cabaran utama 1MDB kini telah pun diatasi”.

Pada pertengahan Januari 2016, tapak itu masih belum dibangunkan dengan perniagaan bernilai berbilion-bilion dolar - dan catatan sejarah Malaysia itu – kini menjadi taruhan.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.