Kumpulan Militan Negara Islam Jadikan Warisan, Khazanah Kebudayaan Sebagai Sasaran


2015.03.21
culturaltargets-slideshow-1-1000.jpg

Pelancong dipindahkan ke tempat yang lebih selamat semasa serangan pengganas di Muzium Bardo di negara Tunisia, 18 Mac, 2015. [AFP]

culturaltargets-slideshow-2-1000.jpg

Sehari selepas serangan itu, wartawan berkumpul di dalam Muzium Bardo yang terkenal dengan mozek roman. [AFP]

culturaltargets-slideshow-3-1000.jpg

Ibu kepada anggota polis Tunisia Aymen Morjane yang terbunuh dalam serangan di muzium itu meratapi kematian anaknya, Mac 19, 2015.

culturaltargets-slideshow-4-1000.jpg

Peta ini menunjukkan tempat kebudayaan yang diserang atau diancam oleh IS di Iraq. [AFP]

culturaltargets-slideshow-5-1000.jpg

Sebuah patung lembu bersayap dengan wajah manusia berdiri tegak di Nimrud, Iraq, 21 April, 2001. IS dilaporkan memusnahkan bandar purba itu. [AFP]

culturaltargets-slideshow-6-1000-.jpg

Dalam imej ini yang diambil daripada sebuah video yang disiarkan secara dalam talian, militan Negara Islam (IS) menggunakan penukul besar untuk menghancurkan sebuah patung purba Assyria yang ditempatkan di dalam Muzium Nineveh di Mosul, Iraq. [AFP]

culturaltargets-slideshow-7-1000.jpg

Rakyat Iraq Salem Harush Kadori, penjaga kota purba Hatra, menunjuk kepada salah satu kuil di situ, April 21, 2003. Hatra juga dilaporkan telah dimusnahkan oleh IS. [AFP]

culturaltargets-slideshow-8-1000.jpg

Dalam satu lagi skrin yang diambil, militan IS sedang menjatuhkan sebuah patung purba semasa mereka memusnahkan artifak di Muzium Nineveh itu. [AFP]

culturaltargets-slideshow-9-1000.jpg

Bunga diletakkan di atas kesan darah di hadapan Muzium Bardo di negara Tunisia, 19 Mac, 2015. [AFP]

culturaltargets-slideshow-10-1000.jpg

Seorang wanita Tunisia memegang kad dalam tulisan bahasa Arab, "Tidak untuk keganasan. Kami tidak akan lagi berdiam diri atas kematian anak-anak kita," di luar Muzium Bardo, 19 Mac, 2015. [AFP]

Pembunuhan 21 orang di Muzium Bardo di Tunisia pada minggu ini adalah yang terbaru dalam siri serangan oleh kumpulan pelampau Negara Islam (IS) terhadap institusi kebudayaan dan khazanah arkeologi yang berusia beribu-ribu tahun.

IS mendakwa mereka bertanggungjawab melancarkan serangan pada hari Rabu itu di ibu negara Tunisia.

"Muzium Bardo ialah tempat terbuka untuk semua; tempat penemuan dan dialog antara budaya. Tindakan pengecut ini ialah penolakan prinsip-prinsip ini dan ini sepatutnya semakin menyatukan kita dalam pertempuran menentang ekstremisme," Irina Bokova, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), memberitahu pemberita di Paris tidak lama selepas dua lelaki bersenjata melakukan pembunuhan beramai-ramai itu.

"Kita perlu menyampaikan mesej bahawa demokrasi disebarkan melalui budaya, melalui dialog."

Terdahulu pada bulan Mac, mengikut laporan, kumpulan militan IS menghancurkan bandar-bandar purba Hatra dan Nimrud yang terletak di zon perang yang dikawal oleh kumpulan itu pada zaman moden Iraq ini.

Lewat bulan lalu, IS menyiarkan viideo secara dalam talian yang menunjukkan ahli-ahlinya memusnahkan patung-patung dari tamadun Assyria yang ditempatkan di sebuah muzium di Mosul, Iraq.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.