Kejadian Dan Hari Suram Dari Jakarta


2016.01.14
indonesia-1.jpg

Pelajar-pelajar Indonesia di Surabaya, Jawa Timur, mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk mangsa serangan berani mati di Jakarta pada awal hari ini, 14 Januari 2016. [AFP]

indonesia-2.jpg

Presiden Joko "Jokowi" Widodo meninjau kawasan berhampiran kedai kopi Starbucks, berikutan serangan yang dikaitkan dengan Negara Islam, 14 Januari 2016. [AFP / Cahyo SUSMITO / ISTANA PRESIDEN]

indonesia-3.jpg

Polis Indonesia berlindung di belakang beberapa kenderaan ketika suspek militan melakukan serangan di Jakarta, 14 Januari 2016. [BeritaBenar]

indonesia-4.jpg

Serangan berlaku berhampiran bangunan-bangunan tinggi di pusat bandar Jakarta, 14 Januari, 2016. [BeritaBenar]

indonesia-5.jpg

Anggota polis Indonesia meletakkan beg mayat di sebelah mangsa serangan di luar sebuah pos polis trafik. 14 Januari 2016. [AFP]

indonesia-6.jpg

Seorang anggota skuad bom polis menghampiri sebuah pos polis trafik di Jakarta selepas letupan berlaku di kawasan itu. 14 Januari 2016 [AFP].

indonesia-7.jpg

Anggota-anggota tentera Indonesia mengawal Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di luar Jakarta. 14 Januari 2016. [AFP]

indonesia-8.jpg

Anggota-anggota polis Indonesia bersedia untuk memasuki bangunan ketika penyerang yang dikaitkan dengan militan Negara Islam saling berbalas tembakan dengan anggota polis, 14 Januari, 2016. [AFP]

indonesia-9.jpg

Beberapa anggota polis mengawal pos polis trafik di hadapan gedung beli-belah Gedung Sarinah di Jalan Thamrin, 14 Januari 2016. [BeritaBenar]

indonesia-10.jpg

Di bawah papan iklan "Berdoalah Untuk Jakarta", penjaja menjual makanan di luar kedai kopi Starbucks yang musnah akibat letupan bom beberapa jam sebelum itu, 14 Januari 2016. [AFP]

 

Apabila siang beralih menjadi gelita di Indonesia pada Khamis, orang ramai memenuhi kawasan di seluruh negara untuk berhimpun sambil berdoa buat mangsa serangan yang didakwa dilakukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Jakarta.

Dua orang terbunuh dan 24 yang lain cedera awal hari ini, apabila sekumpulan suspek militan melancarkan serangan bunuh diri di kawasan membeli-belah di pusat bandar Jakarta. Penyerang berkenaan dilaporkan menyasarkan kedai kopi Starbucks untuk meletupkan bom dan menembak orang ramai.

Polis menembak mati tiga daripada penyerang itu tetapi dua daripada mereka mati dalam letupan, menurut laporan berita.

Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo kemudian meninjau tempat kejadian, yang terletak kira-kira 3 kilometer (1.86 batu) dari Istana Presiden.

"Negara kita dan rakyat kita tidak perlu takut; kita tidak akan dikalahkan oleh perbuatan keganasan. Saya harap orang ramai boleh terus bertenang, " kata Jokowi kepada wartawan.

IS memberi amaran samar sebelum melakukan serangan, kata jurucakap Polis Nasional Anton Charliyan, menurut Agence France-Presse.

Serangan pada Khamis di Indonesia - negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia - adalah yang pertama di negara itu yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis yang berpangkalan di Timur Tengah.
Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.