Warga Bangladesh bersama rakyat tempatan gotong-royong sediakan juadah berbuka

Kami bersama memasak dan beri kebenaran berbuka di masjid atas dasar satu agama dan mengimarahkan masjid, kata pengurusan Masjid Al Azim.
S. Mahfuz
2024.04.02
Nilai, Negeri Sembilan

Ahli Jawatankuasa Majid Al Azim bersama beberapa warga Bangladesh sedang bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Taman Semarak, Nilai di Negeri Sembilan, 25 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

Rakyat tempatan dan pekerja asing bersama menyembelih kambing yang akan dimasak untuk hidangan berbuka puasa di Masjid Al-Azim di Nilai, Negeri Sembilan, 31 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240402-MY-SS-03Gotongroyong.jpg

Suasana Masjid Al Azim yang terletak di Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, 25 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240402-MY-SS-04Gotongroyong.jpg

Seorang ahli jawatankuasa Masjid Al-Azim yang berbaju kuning sedang bersama-sama sekumpulan warga Bangladesh melapah daging kambing sebelum persedian memasak juadah berbuka puasa di Nilai, Negeri Sembilan, 31 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240402-MY-SS-05Gotongroyong.jpg

Warga Bangladesh bergotong-royong bersama rakyat tempatan untuk menyediakan hidangan berbuka puasa di Masjid Al-Azim, Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, 25 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240402-MY-SS-06Gotongroyong.jpg

Dulang nasi ‘beriani masala’ berserta buah-buahan yang sudah siap disediakan secara gotong-royong, di mana setiap dulang hidangan adalah untuk sekumpulan empat orang berbuka puasa di Masjid Al-Azim yang terletak di Taman Semarak di Nilai, Negeri Sembilan, 25 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240402-MY-SS-07Gotongroyong.jpg

Kerinduan kepada keluarga di Bangladesh sedikit terubat apabila dapat berkumpul dengan rakan senegara berbuka puasa bersama rakyat tempatan semasa menyambut Ramadan di Masjid Al-Azim, Nilai, Negeri Sembilan, 25 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

240402-MY-SS-08Gotongroyong.jpg

Pengerusi Masjid Al Azim Md Fakarudin Ab Rahman menjadi imam kepada sekumpulan pekerja asing terdiri daripada Bangladesh, Indonesia dan Nepal menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah dengan rakyat tempatan di Nilai, Negeri Sembilan, 25 Mac 2024. [S. Mahfuz/BenarNews]

Setiap minggu sepanjang Ramadan sejak tiga tahun lepas, warga tempatan dan komuniti pendatang bersepakat dan bergotong royong menyediakan juadah majlis berbuka puasa bersama lebih 500 pekerja asing dari Bangladesh, Indonesia dan Nepal yang bekerja di sekitar Nilai, di Negeri Sembilan.

Ahli Jawatankuasa dan kariah Masjid Al Azim Taman Semarak di Nilai itu akan bergotong royong menyediakan pelbagai jenis juadah terutamanya dari Bangladesh bersama komuniti pendatang yang merupakan satu aktiviti yang jarang dapat dilihat.

Kebiasaannya pihak pengurusan masjid melarang warga asing untuk melakukan sebarang aktiviti di masjid apatah lagi melibatkan aktiviti memasak atas faktor menjaga kebersihan.

Namun berbeza dengan pengurusan Masjid Al Azim yang membenarkan warga Bangladesh melakukan aktiviti memasak untuk hidangan berbuka puasa.

Md Fakarudin Ab Rahman, Pengerusi Masjid Al Azim semasa ditemui BenarNews berkata kehadiran pekerja asing terutamanya Bangladesh itu merupakan rahmat daripada Allah untuk mengimarahkan masjid.

“Kami berikan mereka kebenaran atas dasar satu agama iaitu Islam dan untuk mengimarahkan masjid kerana institusi ini adalah untuk semua orang Islam tanpa mengira bangsa.

“Kami hanyalah sebagai pentadbir dan mengawal aktiviti mereka supaya mengikut peraturan. Itulah yang dituntut oleh Islam tanpa membezakan darjat, keturunan dan warna kulit,” kata Md Fakarudin.

Setiap Sabtu sepanjag Ramadan, warga Bangladesh dan rakyat tempatan berkongsi 50 peratus perbelanjaan menyediakan juadah berbuka puasa manakala pada Ahad pula kos ditanggung 100 peratus oleh warga Bangladesh yang merupakan permintaan daripada pekerja asing rakyat Bangladesh itu sendiri untuk membayar kos makanan.

Ketua komuniti Bangladesh, Hafizulrahman Asynur, 37, yang ditemui BenarNews berkata setiap minggu sepanjang Ramadan, pekerja Bangladesh mengumpul derma hampir RM4,000 (AS$851) untuk menyediakan juadah berbuka puasa bagi Sabtu dan Ahad itu.

“Saya sudah 16 tahun bekerja di Malaysia. Saya bersama orang Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Nepal berbuka puasa dan sembahyang di masjid ini.

“Penerimaan orang di sini terhadap kami amat baik. Kadang-kadang kami tanya mereka mahu makan apa? Kami akan sediakan. Setiap minggu kami kumpulkan derma hampir RM4,000. Ada yang beri RM10, RM50 dan RM100 mengikut kemampuan mereka,” kata Hafizulrahman.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.