Pasukan Beruniform Malaysia Tunaikan Tanggungjawab Undi Awal

S. Mahfuz
2018.05.07
Kuala Lumpur, Malaysia
180507-MY-SS-EARLY01-620.jpg

Seorang kanak-kanak lelaki (kemeja T merah) menunggu bapanya, pegawai Angkatan Tentera Malaysia, yang merupakan antara pengundi awal pilihan raya umum ke-14 di sebuah pusat mengundi di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-SS-EARLY02-.jpg

Anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia beratur pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-SS-EARLY03-620.jpg

Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia menunggu giliran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat mengundi di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-EARLY04-620.jpg

Anggota Angkatan Tentera Malaysia menunaikan tanggungjawabnya pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-SS-EARLY05-620.jpg

Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia menunaikan tanggungjawabnya pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-SS-EARLY06-620.jpg

Seorang pegawai Polis Diraja Malaysia yang kurang upaya menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-SS-EARLY07-620.jpg

Seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia mencelupkan jarinya ke dalam bekas dakwat kekal sebelum mengundi pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-EARLY08-620.jpg

Seorang pegawai wanita Polis Diraja Malaysia menunjukkan jarinya yang ditandakan dengan dakwat kekal selepas melakukan pengundian awal pilihan raya umum ke-14 di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180507-MY-SS-EARLY09-620.jpg

Seorang budak perempuan menunggu bapanya, pegawai Angkatan Tentera Malaysia, yang merupakan antara pengundi awal pilihan raya umum ke-14 di sebuah pusat mengundi di Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Hampir 300,000 anggota polis, pasukan petugas khas dan angkatan tentera serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab mereka pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 Malaysia yang diadakan pada Sabtu, 5 Mei.

Dalam kenyataan kepada media pada hujung minggu lalu, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah berkata, seramai 278,590 daripada 300,255 pengundi awal yang berdaftar akan mengundi pada Sabtu manakala bakinya seramai 21,665 orang akan mengundi secara pos.

Sejumlah 910 saluran dibuka di 586 pusat mengundi di seluruh negara bagi pengundian awal itu yang melibatkan 6,376 pegawai pilihan raya.

Mohd Hashim juga berkata, undi hanya akan dikira bermula 4 petang pada 9 Mei di pusat-pusat pengiraan undi yang ditetapkan oleh SPR.

"Sehingga itu, ia akan disimpan dengan selamat dalam lokap polis. Pengiraan undi akan dibuat dengan disaksikan oleh setiap ejen calon bertanding,"kata Mohd Hashim.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.