Video

Malaysia: Bubur lambuk percuma ketika Ramadan berkurangan susulan kos tinggi

2023-03-29

Setiap tahun sepanjang bulan Ramadan, kebanyakan masjid mengambil inisiatif mengedarkan bubur lambuk iaitu beras dimasak bersama santan, rempah ratus dan daging serta makanan lain secara percuma. Bagi kebanyakan umat Islam, bubur lambuk adalah juadah wajib yang sinonim ketika Ramadan kerana sudah menjadi tradisi dihidangkan sepanjang bulan puasa. Bagaimanakah peningkatan kos memberi kesan kepada agihan juadah yang merupakan sedekah ini?

Paling Dikunjungi